Thursday, August 18, 2011

Penghargaan Manusia atau Redha Allah?

Assalamualaikum.

Hari ini genap 18 Ramadhan, maka dengan itu sekarang kita berada di fasa kedua Ramadhan, maghfirah. Tinggal lebih kurang 2 hari sahaja lagi untuk kita melangkah ke fasa tiga Ramadhan iaitu dijauhkan dari api neraka. Sekarang juga kita masih ada lagi separuh masa kedua Ramadhan untuk kita pulun membuat amal ibadah, mencari & mengejar malam lailaturqadar. Moga kita menjadi insan terpilih oleh Allah diberi kekuatan untuk terus istiqomah memenuhi masjid & bangun malam di 10 malam terakhir. Aminnnn ya Rabb.
Statement diatas adlah untuk tazkirah diri sendiri juga. 

Back to topik.

Penghargaan manusia atau redha Allah? Aku amat tertarik dengan dua pilihan diatas yang mana aku mula-mula dengar dari Prof Dr Muhaya Muhammad, antara orang yang aku kagum & favourite mativator. Sesiapa yang selalu dengar motivasi beliau di ikim setiap hari rabu pukul 10am mesti selalu dengar dengan statement diatas. Motivasi beliau memang selalu terkena batang hidung aku sendiri, sebab tu aku sentiasa follow motivasi beliau insyaAllah sebagai reminder.

Dua pilihan diatas yang mana sebelum ini aku  tak pernah terlintas langsung, membuat kan aku berfikir dan sentiasa alert dengan apa yang aku lakukan. Persoalan dilontar apabila, dalam pada kita melakukan sesuatu perkara itu tidak kira perkara yang membawa duniawi atau ukhrawi, apa tujuan dan matlamat kita sebenarnya. Jawapan multiple choice hanya ada dua pilihan sahaja, A tau B iaitu MENGHARAP PENGHARGAAN MANUSIA atau MENCARI REDHA ALLAH?  Tiada C tiada D mahupun E. Mungkin sesetengah orang menganggap perkara ini remeh, tapi bagi aku, ia sangat berat kerana kita sebagai insan yang sering lalai bakal dinilai sama ada kita dinilai di mata manusia atau di mata Allah.

Contoh paling mudah, menolong orang yang ditimpa musibah. Memang tidak dapat dinafikan, masyarakat kita semua baik-baik belaka untuk membantu, tapi kadangkala adakah pertolongan kita ikhlas lillahitaala atau hanya untuk mencari publisiti atau pengahargaan manusia? Contoh kedua paling mudah, membuat status di facebook, aku adalah antara pengguna facebook yang tidak tegar untuk meng-update status. Macam-macam ragam kita boleh tengok bila online facebook, tak payah cakap, msti sume orang tahu. Kadang-kadang Prof cakap, dengan facebook kita boleh kenal peribadi sesorang tu macam mane, trimas Mark Zukerbegh *mungkin salah spell, maaf*  kerana mencipta fb, errr

Sebenarnya, fasal status kat facebook tu, untuk peringatan AKU juga yang terkadang leka dengan permainan duniawi ni. Memang fitrah manusia itu suka pada penghargaan, tapi biarlah penghargaan itu dapat membuatkan diri kita sentiasa bersyukur ats segala nikmat kurnianNya Yang Maha Memberi manfaat (an-Nafi’)  dan meningkatkan level ketaqwaan kita pada Allah. Lagi pula, kita yang diciptakan di muka bumi Allah ni diberi task khas untuk melakukan setiap perkara dan amalan itu demi mencari redha Allah, MARDHATILLAH.  Moga-moga setiap perkara yang kita lakukan diredhai Allah serta mendapat ganjaran. Dan moga setiap pekerjaan atau amalan dinilai di mata Allah bukan pada pandangan manusia.

Semoga Allah redha akan kita semua~pinjam kata-kata Hilal ;)

~Sungguh, besar ganjarannya apabila kita menyediakan 
& memberi makan pada orang yang berpuasa~

Friday, August 12, 2011

Lets Do This !!!!!



Assalamualaikum


Glad to share this short massage ;)




Six Easy ways to earn even after death.


  • Give a copy of Quran to someone. Each time one reads from it, you gain.
  • Donate a wheelchair not wilcha to a hospital. Each time sick person uses it, you gain.
  • Participating in building a Masjid
  • Plant a tree. You gain whenever a person, animal sits in its shade or eats from it.
  • Place a water cooler in public place.
  • Give someone telekung for Muslimah. Each time the person use it, you gain.


~Credit to Saadiyah Ambong, taken from her status :)
InsyaAllah will do someday if have kudrat at least one of the list.
For those who are affordable, can apply these especially this month of barakah.    

Monday, August 1, 2011

Bersederhanalah !!!!

Assalamualikum

Based on the pic, everything tell us what ramadhan is't


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Allah berfirman: “Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjarannya.””

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Salam Ramadhan Kareem <3 Lets maximize our ramadhan with full of barakah.
Remember, it's called FASTING. Not FEASTING-by AA :)