Thursday, June 23, 2011

Jawapan dr Soalan Random

Salamullahi alaik. ;)

Keep life beautiful along with His guidance

Menjadi sebaik-baik insan , hamba dan khalifah,
Bukan semudah memetik 2 jari,
Malah kalau dipetik 2 jari juga belum pasti kan berbunyi..
Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan,
Namun tidak menjadi satu kesalahan untuk memperbaiki diri,
Kita harus terus melangkah walau dalam kepayahan,
Kita kan khalifah,
Mengapa mesti mengeluh saat diuji dengan perkara yang mudah?
Bukankah kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah?
Lalu, saat hati meangis terduduk tika diuji,
Yakinlah bahawa airmata itu pasti bukan sia-sia,
Andai langkahmu terus menuju mencari redha-Nya.. 

Barakallahu fiik. ^^

Imam al-Qurtubi berkata,
“Hati yang istiqamah adalah hati yang sentiasa lurus dalam ketaatan kepada Allah, baik berupa keyakinan, perkataan, maupun perbuatan, hati yang istiqamah adalah jalan menuju kejayaan di dunia dan keselamatan dari azab akhirat. Hati yang istiqamah akan membuat seseorang dekat dengan kebaikan, rezekinya akan diluaskan dan akan jauh dari hawa nafsu dan syahwat. 

Dengan hati yang istiqamah, malaikat akan turun untuk memberikan keteguhan dan keamanan serta ketenangan dari ketakutan terhadap azab kubur. Hati yang istiqamah akan membuat amal diterima dan menghapus dosa.

Semua orang nak jadi baik. Semua orang nak dipandang baik. Semua orang nakkan kebaikan yang, cuma yang berbeza adalah usaha setiap orang. :)

Sahabat yang dekat di hati,
Dalam apapun yang mahu dibuat, dalam apapun yang sedang buat, cuba tanya pada hati, apa tujuan sebenarnya  untuk melakukan perkara tersebut?
Kalau masih takde tujuan dan tetapan, bermakna belum lagi buat hal tu Lillahi Tala. Sebab tu pentingnya tajdid niat kita apabila mahu melakukan sesuatu, walau dalam sekecil hal. :)

Bila buat satu kebaikan, niatlah nak istiqamah dan amalkan berterusan. Tapi 1 hari akan rasa malas sangat, jangan terus desak hati untuk buat, sebab nanti apa yang dibuat tu dah hilang keikhlasan. Tapi tanya pada hati, buat kebaikan untuk apa? Untuk siapa? :)

InshaAllah, bila mulakan sesuatu pekerjaan dan hal Lillahi Taala, ia akan terfikir sendri. Apa yang sedang aku buat ni adalah kebaikan, dan Lillahi Taala. Jadi kenapa nak berhenti? 24 jam yang Allah beri, Dia cuma minta 5 solat fardhu sehari. CUma sekitar 25 minit. Tu je Dia minta 25 minit berbanding 24 jam yang Allah beri sangat kecil bandingannya. Tapi Allah tak marah. Dia kata, biar yang sedikit asal berterusan. :)

Bawa hati kembali pada Dia, dan adu segalanya. InshaAllah, Dia pasti ada jalan. Bila Allah mudahkan dan makbulkan segala doa sepanjang perjalanan, Alhamdulillah itu tandanya kita beruntung. Tapi bila Allah melambatkannya, percayalah bahawa diri itu sangat beruntung kerana Allah tak nak hambanya merancang sendiri. Allah sedang bantu merancang yang jauh lebih baik. :)

Bila bila rasa kosong, rasa macam banyak buat silap pada masa yang lepas, jangan pernah kering daripada wudhu. Ada secebis ketenangan yang Allah hantarkan di dalamnya. :)

Setiap titis airmata yang mengalir kerana ingin kembali pada Dia, atas segala rasa yang ingin lebih dekat dengan kebaikan, Allah tak pernah sia siakan. Allah hitung setiap segala. Sebab, kalau Allah nak jadikan seorang anak gadis ibarat permata berkilauan yang tersembunyi, Allah mampu. Allah boleh jadikan hambanya gadis terbaik dalam sekelip mata andai Allah angkat doa hambanya. Tapi Allah tak buat macam tu. Tau kenapa?

Sebab Allah masih nak hitung setiap usaha hambanya. 
Kejayaan dan kebhagiaan yang diraih setelah berusaha, setelah menangis dalam kepayahan, setelah berhempas pulas menempuh mehnah itu adlah jauh lebih indah. :)

Harus terus kuat ya! ^^
Bila rasa perlu, ambillah waktu bersendiri.
Sebab, bersendiri dengan Rabbi pasti jauh lebih memberi erti.
Percayalah. :)

Ma'a hubbi. Mengiringimu dengan doa dalam setiap langkah~
[Credit to AINA SOFIA]
Dedicated to the person who always need His guidence.
Moga Allah selalu meredhaimu Aina Sofi.

Tuesday, June 21, 2011

Lets Smiling for the Whole Day :))

Assalamualaikum


Alhamdulillah, syukran Ya Allah..

Will be smiling for the whole day, tomorrow & tomorrow till tired & bored :P

Keep it up and always hold that "KERANA PADA USAHA ITU ADA GANJARANNYA".


~Dear all coursemates, congratz for the great achievement~


Monday, June 13, 2011

Bumi Allah itu Luas..

Assalamualaikum....


[PCB, June 2011]

Bermusafirlah.
Bumi Allah itu luas. IlmuNya juga luas. Belajarlah dengan bermusafir.
Ramai yang terlupa, alam itu sendiri guru yang hebat dalam mengajarkan ilmuNya.
Rugilah orang yang tidak mengambil iktibar daripada petunjuk-petunjuk Allah yang maha luas. Rugilah kita jika buta pada segala petunjuk yang Allah zahirkan pada alam di sekeliling kita ini.


~Credit to Contengan Jalanan by Hlovate~
 I love to travell with the person I love :D
DUBAI is a dreaming destination to travell.



Wednesday, June 8, 2011






"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th"-Hlovate


Kalau nak berubah, jangan tunggu pukul 12. Takut2 pukul 11 ajal sampai. :(

~renung-renungkan & moga dpt diamalkan~~
CONTENGAN JALANAN

rase nak suruh seluruh umat manusia baca CJ ^_^